Saturday, September 20, 2008

Panduan Format Bahagian Akademik

1. kertas soalan hendaklah siap ditaip dan telah diperakukan oleh Jawatankuasa Penaksir Soalan Fakulti/Pusat.
23. Pensyarah tidak dibenarkan membuat pindaan dari segi tempoh masa, jadual peperiksaan dan bilangan soalan yang ditetapkan semasa peperiksaan berjalan.

Sunday, September 14, 2008

Cadangan Pemiawaian

Apa maksud pemiawaian? Pemiawaian ialah standardization. Apa yang dipiawaikan di sini hanyalah apa yang dapat diselaraskan di peringkat JK Taksiran Soalan. Yang lain dipanggil Panduan Umum, iaitu panduan pembinaan soalan yang baik mengikut Bloom, ini menjadi tanggungjawab individu kerana JKTS tidak dapat pantau disebabkan oleh masalah masa mesyuarat yang terbatas dan kepakaran (content expertise).

PEMIAWAIAN UMUM
1. Gunakan font TNR.
2. Gunakan font bersaiz 12.
3. Gunakan stail normal, kecuali untuk stimulus dan istilah BI.
4. Gunakan spacing 1 untuk setiap soalan.

PEMIAWAIAN UNTUK STIMULUS
1. Petikan atau bahan rangsangan diletakkan dalam kotak.
2. Tulisan untuk stimulus menggunakan huruf condong.
3. 'Sila rujuk petikan/rajah di bawah' hendaklah dinyatakan sebelum stmulus.
4. Seleopas kotak, mula stem soalan pada baris kedua (lompat satu langkau).

PEMIAWAIAN UNTUK STEM SOALAN.

1. Terdapat 3 bentuk stem soalan yang dibenarkan iaitu: (1) penyenaraian, selalunya stem soaln berakhir dengan " ... berikut:", contohnya "Tokoh-tokph yang pernah menjadi PM Malaysia ialah seperti berikut:"; (2) penyoalan, stem soalan berakhir dengan teliga gajah atau tanda soal "?", contohnya, "Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir?"; (3) pelengkap, stem soalan berakhir dengan tiga titik "...", contohnya, 'Malaysia aman makmur kerana ...".

2. Perkataan-perkataan penekan maksud seperti BENAR, SALAH, MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya mestilah dihurufbesarkan tanpa perlu dicondong atau ditebalkan.

3. Istilah BI atau BA yang digunakan mestilah dihurufcondongkan (italics) tanpa perlu ditebalkan atau di letak tandabaca " atau '. Untuk istilah BI atau BA yang mengiringi istilah BM, istilah BI tersebut diletakkan dalam kurungan dan diitalicskan(dihurufcondongkan).

PEMIAWAIAN UNTUK PILIHAN JAWAPAN

1. Sila rujuk 'Panduan 1' untuk 'Pemiawaian Untuk Stem Soalan'. Gunakan huruf besar untuk huruf pertama bagi setiap pilihan jawapan untuk stem soalan berbentuk penyenaraian dan penyoalan. Gunakan huruf kecil untuk bentuk soalan pelengkap.

2. Lompat satu langkau di antara stem soalan dengan pilihan jawapan pertama.

3. Berkaitan penggunaan istilah BI dan BA, sila rujuk Panduan 3 'Pemiawaian Untuk Stem Soalan.

4. Setiap pilihan jawapan mesti diakhiri dengan noktah.

Istilah-istilah Penting Dalam Pembinaan Soalan

Terdapat 5 istilah penting yang perlu diketahui dalam pembinaan soalan iaitu:
(1) Stimulus, iaitu bahan rangsangan yang mendasarkan soalan
(2) Stem, iaitu arahan kepada soalan.
(3) Pilihan, pilihan jawapan yang diberi/disenaraikan
(4) Kunci, iaitu pilihan jawapan yang betul.
(5) Pengganggu, iaitu pilihan-pilihan jawapan yang salah.

Contoh soalan:
Mee adalah makanan bagi masyarakat Cina. Kemudian diubahsuai menjadi mee goreng oleh masyarakat Melayu dan mee mamak oleh peniaga India Muslim. (Teks ini diletakkan dalam kotak)

Mee sebagai satu juadah yang ditema oleh masyarakat Malaysia merupakan suatu contoh yang menggambarkan konsep ...

A. Segregasi
B. Akomodasi
C. akulturasi
D. Asimilasi
E. Amalgamasi.

STIMULUS: Mee adalah makanan bagi masyarakat Cina. Kemudian diubahsuai menjadi mee goreng oleh masyarakat Melayu dan mee mamak oleh peniaga India Muslim. (Teks ini diletakkan dalam kotak)

STEM SOALAN: Mee sebagai satu juadah yang ditema oleh masyarakat Malaysia merupakan suatu contoh yang menggambarkan konsep ...

PILIHAN JAWAPAN: A. Segregasi B. Akomodasi C. akulturasi D. Asimilasi E. Amalgamasi.

Thursday, September 11, 2008

Tarikh Akhir Jana Cadangan

Zamri,

Terima kasih membina blog RSP Gaya PPU bagi tujuan memudahkan pengumpulan cadangan. Saya berharap semua rakan akan menggunakannya dengan efektif,insyaallah.

Perlu ada deadline pemasukan cadangan supaya akhirnya semua cadangan dapat dikumpul bagi tujuan langkah seterusnya. Sasaran kita adalah untuk menyediakan deraf awal garispanduan ini selepas cuti hari raya. Berikut adalah cadangan tarikh-tarikh yang berkaitan:

Tarikh akhir memasukkan cadangan dalam blog: 20 September 2008

Mesyuarat membincangkan cadangan-cadangan yang telah dikumpul: Khamis, 25 September 2008, jam 10.30 pagi (Minggu ini pelajar sudah bercuti pertengahan).

Saya memohon kerjasama Zamri untuk mengumpulkan semua cadangan yang disampaikan dalam email dan blog tersebut. Terima kasih Zamri.

Khairul

Tajuk-tajuk Baru

Sila cadangkan tajuk-tajuk atau aspek-aspek baru dalam pembikinan exam questions yang perlu distandardisekan. Untuk cadangkan sila butang tekan 'Post a comment'. Sila tick 'anynomous' jika anda tiada akaun google.

Bloom Taxonomy

The Taxonomy of Educational Objectives, often called Bloom's Taxonomy, is a classification of the different objectives and skills that educators set for students (learning objectives). The taxonomy was proposed in 1956 by Benjamin Bloom, an educational psychologist at the University of Chicago. Bloom's Taxonomy divides educational objectives into three "domains:" Affective, Psychomotor, and Cognitive.

Read more

Komen-komen Yang Diterima

From: Kam2000
To: -Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 10/09/08 17:47
En Zamri & rakan-rakan,

Salam. Terima kasih memulakan aktiviti pengemaskinian deraf panduan penulisan kertas peperiksaan Gaya PPU. Saya berharap ramai lagi akan menyertai aktiviti ini sehingga peringkat pemurnian panduan yang digunapakai nanti, insyaallah.

Salam hormat,

Timbalan Pengarah
-------------------------------------------

From: Mmms
To: -Kam2000;-Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 11/09/08 09:15

Assalamualaikum, saya ingin cadangkan agar dalam usaha pemurnian kertas soalan gaya PPu ini kita menggunakan teksonomi Bloom sebagai piawai. Ini akan memastikan bahawa soalan-soalan yang dijana mampu meningkatkan kemahiran berfikir pelajar bukan mereka sekadar menghafal ilmu pengetahuan semata-mata.

Mohsin Said
-------------------------------------------

From: Kam2000
To: -Mmms;-Kam2000;-Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 11/09/08 11:18
Mohsin,

Satu cadangan yang baik. Itu adalah dari segi strategi penggubalan soalan. Mungkin kita perlu melihat pemurnian ini dari 2 aspek: aspek teknikal penulisan soalan exam & aspek pendekatan menjana soalan.

Khairul

-------------------------------------------
From: Mt
To: -Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 11/09/08 09:24
Salam.

Langkah yg baik, sokong.

Perlu diberi perhatian kpd perkataan2 yg mengelirukan, eg. "murni" hanya sesuai utk perkara2 yg abstrak spt nilai, akidah dan kuncu2nya.

Sorry jika pandangan sy silap.

-------------------------------------------

From: Maznah
To: -Kam2000;-Mmms;-Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 11/09/08 12:17
ASW Semua,

Menjana Soalan:

Saya cadangkan penggunaan sumber text dari berita akhbar, majalah, buku dsbj dalam penjanaan soalan. Soalan2 jenis aplikasi dan penggunaan higher order Bloom tax dapat dicapai. Ini turut menggalakkan pelajar membaca bahan2 lain selain dari buku teks mereka.

Teknik/Format Soalan:

Dicadangkan Arahan Soalan utk semua kursus 'distandardkan'.
Penyataan BENAR - biar capitalize dan bold.

Maznah.

-------------------------------------------