Wednesday, September 10, 2008

Rekabentuk Soalan Benar Salah

PANDUAN REKABENTUK SOALAN BENAR SALAH

1. Soalan hendaklah benar atau salah tanpa pengecualian
Elakkan: Tun Dr Mahathir ialah seorang ahli UMNO.
Gunakan: Tun Dr Mahathir ialah seorang ahli UMNO sehingga 16 Mei 2008.

2. Soalan hendaklah berbentuk ringkas tetapi jelas.
Elakkan:Malaysia yang mana ianya kita kenali sebagai sebuah Negara yangberbilang kaum dan berbilang budaya dan dihuni oleh 26 juta pendudukmendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Gunakan:Malaysia mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

3. Setiap kenyataan hendaklah mengandungi satu idea sahaja.
Elakkan:
Guna:

4. Sediakan maklumat latar secukupnya supaya kemampuan menjawab dengan tepat tidak bergantung kepada pengetahuan yang terlalu spesifik atau teknikal.
Elakkan: Menurut Tujuh Prinsip TQM, tindakan pertama di bawah Prinsip 7 adalah berkaitan dengan kepuasan hati pelanggan.
Gunakan: Kepuasan Hati pelanggan ialah salah satu daripada Tujuh Prinsip TQM yang diwarwarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Awam.

5. Elakkan dari menyalin bulat-bulat (copy and paste) kenyataan daripada teks, kuliah atau bahan-bahan lain supaya jawapan pelajar tidak bersandarkan kepada pengingatan semata-mata. Kefahaman lebih diutamakan.
Elakkan:
Gunakan:

6. Berhati-hati bila menggunakan kenyataan berbentuk negatif.
Elakkan: Konsep Islam Hadhari tidak terdiri daripada sembilan prinsip.
Gunakan: Konsep Islam Hadhari terdiri daripada sepuluh prinsip.
Dibolehkan: Memiliki jiwa merdeka BUKAN satu daripada Prinsip Islam Hadhari

7. Sekiranya perktaan negatif digunakan, ianya hendaklah ditebalkan atau digunakan huruf besar atau digarisbawahkan.

8. Elakkan daripada menggunakan istilah yang jarang-jarang digunakan.
Elakkan: Thailand adalah salah satu negara yang banyak berlakunya coup de tat.
Gunakan: Thailand adalah salah satu negara yang banyak berlakunya rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah.

9. Berhati-hati bila menggunakan perkataan-perkataan umum seperti‘semua’, ‘selalu’, ‘mustahil’ dan sebagainya. Istilah-istilahini menjadikan soalan lebih kepada berbentuk salah. Sebaliknya,perkataan-perkataan seperti ‘kadang-kadang’, ‘kerapkali’ dan sebagainya lebih kepada bersifat benar.
Elakkan: Semua orang Melayu beragama Islam
Gunakan: Mengikut definisi Perlembagaan Malaysia, semua orang Melayu beragama Islam.

10. Masukkan dalam soalan perkataan yang diulang dalam setiap alternatif jawapan.

No comments: