Sunday, September 14, 2008

Istilah-istilah Penting Dalam Pembinaan Soalan

Terdapat 5 istilah penting yang perlu diketahui dalam pembinaan soalan iaitu:
(1) Stimulus, iaitu bahan rangsangan yang mendasarkan soalan
(2) Stem, iaitu arahan kepada soalan.
(3) Pilihan, pilihan jawapan yang diberi/disenaraikan
(4) Kunci, iaitu pilihan jawapan yang betul.
(5) Pengganggu, iaitu pilihan-pilihan jawapan yang salah.

Contoh soalan:
Mee adalah makanan bagi masyarakat Cina. Kemudian diubahsuai menjadi mee goreng oleh masyarakat Melayu dan mee mamak oleh peniaga India Muslim. (Teks ini diletakkan dalam kotak)

Mee sebagai satu juadah yang ditema oleh masyarakat Malaysia merupakan suatu contoh yang menggambarkan konsep ...

A. Segregasi
B. Akomodasi
C. akulturasi
D. Asimilasi
E. Amalgamasi.

STIMULUS: Mee adalah makanan bagi masyarakat Cina. Kemudian diubahsuai menjadi mee goreng oleh masyarakat Melayu dan mee mamak oleh peniaga India Muslim. (Teks ini diletakkan dalam kotak)

STEM SOALAN: Mee sebagai satu juadah yang ditema oleh masyarakat Malaysia merupakan suatu contoh yang menggambarkan konsep ...

PILIHAN JAWAPAN: A. Segregasi B. Akomodasi C. akulturasi D. Asimilasi E. Amalgamasi.

No comments: