Thursday, September 11, 2008

Komen-komen Yang Diterima

From: Kam2000
To: -Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 10/09/08 17:47
En Zamri & rakan-rakan,

Salam. Terima kasih memulakan aktiviti pengemaskinian deraf panduan penulisan kertas peperiksaan Gaya PPU. Saya berharap ramai lagi akan menyertai aktiviti ini sehingga peringkat pemurnian panduan yang digunapakai nanti, insyaallah.

Salam hormat,

Timbalan Pengarah
-------------------------------------------

From: Mmms
To: -Kam2000;-Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 11/09/08 09:15

Assalamualaikum, saya ingin cadangkan agar dalam usaha pemurnian kertas soalan gaya PPu ini kita menggunakan teksonomi Bloom sebagai piawai. Ini akan memastikan bahawa soalan-soalan yang dijana mampu meningkatkan kemahiran berfikir pelajar bukan mereka sekadar menghafal ilmu pengetahuan semata-mata.

Mohsin Said
-------------------------------------------

From: Kam2000
To: -Mmms;-Kam2000;-Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 11/09/08 11:18
Mohsin,

Satu cadangan yang baik. Itu adalah dari segi strategi penggubalan soalan. Mungkin kita perlu melihat pemurnian ini dari 2 aspek: aspek teknikal penulisan soalan exam & aspek pendekatan menjana soalan.

Khairul

-------------------------------------------
From: Mt
To: -Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 11/09/08 09:24
Salam.

Langkah yg baik, sokong.

Perlu diberi perhatian kpd perkataan2 yg mengelirukan, eg. "murni" hanya sesuai utk perkara2 yg abstrak spt nilai, akidah dan kuncu2nya.

Sorry jika pandangan sy silap.

-------------------------------------------

From: Maznah
To: -Kam2000;-Mmms;-Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 11/09/08 12:17
ASW Semua,

Menjana Soalan:

Saya cadangkan penggunaan sumber text dari berita akhbar, majalah, buku dsbj dalam penjanaan soalan. Soalan2 jenis aplikasi dan penggunaan higher order Bloom tax dapat dicapai. Ini turut menggalakkan pelajar membaca bahan2 lain selain dari buku teks mereka.

Teknik/Format Soalan:

Dicadangkan Arahan Soalan utk semua kursus 'distandardkan'.
Penyataan BENAR - biar capitalize dan bold.

Maznah.

-------------------------------------------

No comments: