Sunday, September 14, 2008

Cadangan Pemiawaian

Apa maksud pemiawaian? Pemiawaian ialah standardization. Apa yang dipiawaikan di sini hanyalah apa yang dapat diselaraskan di peringkat JK Taksiran Soalan. Yang lain dipanggil Panduan Umum, iaitu panduan pembinaan soalan yang baik mengikut Bloom, ini menjadi tanggungjawab individu kerana JKTS tidak dapat pantau disebabkan oleh masalah masa mesyuarat yang terbatas dan kepakaran (content expertise).

PEMIAWAIAN UMUM
1. Gunakan font TNR.
2. Gunakan font bersaiz 12.
3. Gunakan stail normal, kecuali untuk stimulus dan istilah BI.
4. Gunakan spacing 1 untuk setiap soalan.

PEMIAWAIAN UNTUK STIMULUS
1. Petikan atau bahan rangsangan diletakkan dalam kotak.
2. Tulisan untuk stimulus menggunakan huruf condong.
3. 'Sila rujuk petikan/rajah di bawah' hendaklah dinyatakan sebelum stmulus.
4. Seleopas kotak, mula stem soalan pada baris kedua (lompat satu langkau).

PEMIAWAIAN UNTUK STEM SOALAN.

1. Terdapat 3 bentuk stem soalan yang dibenarkan iaitu: (1) penyenaraian, selalunya stem soaln berakhir dengan " ... berikut:", contohnya "Tokoh-tokph yang pernah menjadi PM Malaysia ialah seperti berikut:"; (2) penyoalan, stem soalan berakhir dengan teliga gajah atau tanda soal "?", contohnya, "Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir?"; (3) pelengkap, stem soalan berakhir dengan tiga titik "...", contohnya, 'Malaysia aman makmur kerana ...".

2. Perkataan-perkataan penekan maksud seperti BENAR, SALAH, MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya mestilah dihurufbesarkan tanpa perlu dicondong atau ditebalkan.

3. Istilah BI atau BA yang digunakan mestilah dihurufcondongkan (italics) tanpa perlu ditebalkan atau di letak tandabaca " atau '. Untuk istilah BI atau BA yang mengiringi istilah BM, istilah BI tersebut diletakkan dalam kurungan dan diitalicskan(dihurufcondongkan).

PEMIAWAIAN UNTUK PILIHAN JAWAPAN

1. Sila rujuk 'Panduan 1' untuk 'Pemiawaian Untuk Stem Soalan'. Gunakan huruf besar untuk huruf pertama bagi setiap pilihan jawapan untuk stem soalan berbentuk penyenaraian dan penyoalan. Gunakan huruf kecil untuk bentuk soalan pelengkap.

2. Lompat satu langkau di antara stem soalan dengan pilihan jawapan pertama.

3. Berkaitan penggunaan istilah BI dan BA, sila rujuk Panduan 3 'Pemiawaian Untuk Stem Soalan.

4. Setiap pilihan jawapan mesti diakhiri dengan noktah.

No comments: