Saturday, September 20, 2008

Panduan Format Bahagian Akademik

1. kertas soalan hendaklah siap ditaip dan telah diperakukan oleh Jawatankuasa Penaksir Soalan Fakulti/Pusat.
23. Pensyarah tidak dibenarkan membuat pindaan dari segi tempoh masa, jadual peperiksaan dan bilangan soalan yang ditetapkan semasa peperiksaan berjalan.

Sunday, September 14, 2008

Cadangan Pemiawaian

Apa maksud pemiawaian? Pemiawaian ialah standardization. Apa yang dipiawaikan di sini hanyalah apa yang dapat diselaraskan di peringkat JK Taksiran Soalan. Yang lain dipanggil Panduan Umum, iaitu panduan pembinaan soalan yang baik mengikut Bloom, ini menjadi tanggungjawab individu kerana JKTS tidak dapat pantau disebabkan oleh masalah masa mesyuarat yang terbatas dan kepakaran (content expertise).

PEMIAWAIAN UMUM
1. Gunakan font TNR.
2. Gunakan font bersaiz 12.
3. Gunakan stail normal, kecuali untuk stimulus dan istilah BI.
4. Gunakan spacing 1 untuk setiap soalan.

PEMIAWAIAN UNTUK STIMULUS
1. Petikan atau bahan rangsangan diletakkan dalam kotak.
2. Tulisan untuk stimulus menggunakan huruf condong.
3. 'Sila rujuk petikan/rajah di bawah' hendaklah dinyatakan sebelum stmulus.
4. Seleopas kotak, mula stem soalan pada baris kedua (lompat satu langkau).

PEMIAWAIAN UNTUK STEM SOALAN.

1. Terdapat 3 bentuk stem soalan yang dibenarkan iaitu: (1) penyenaraian, selalunya stem soaln berakhir dengan " ... berikut:", contohnya "Tokoh-tokph yang pernah menjadi PM Malaysia ialah seperti berikut:"; (2) penyoalan, stem soalan berakhir dengan teliga gajah atau tanda soal "?", contohnya, "Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya banjir?"; (3) pelengkap, stem soalan berakhir dengan tiga titik "...", contohnya, 'Malaysia aman makmur kerana ...".

2. Perkataan-perkataan penekan maksud seperti BENAR, SALAH, MELAINKAN, KECUALI dan sebagainya mestilah dihurufbesarkan tanpa perlu dicondong atau ditebalkan.

3. Istilah BI atau BA yang digunakan mestilah dihurufcondongkan (italics) tanpa perlu ditebalkan atau di letak tandabaca " atau '. Untuk istilah BI atau BA yang mengiringi istilah BM, istilah BI tersebut diletakkan dalam kurungan dan diitalicskan(dihurufcondongkan).

PEMIAWAIAN UNTUK PILIHAN JAWAPAN

1. Sila rujuk 'Panduan 1' untuk 'Pemiawaian Untuk Stem Soalan'. Gunakan huruf besar untuk huruf pertama bagi setiap pilihan jawapan untuk stem soalan berbentuk penyenaraian dan penyoalan. Gunakan huruf kecil untuk bentuk soalan pelengkap.

2. Lompat satu langkau di antara stem soalan dengan pilihan jawapan pertama.

3. Berkaitan penggunaan istilah BI dan BA, sila rujuk Panduan 3 'Pemiawaian Untuk Stem Soalan.

4. Setiap pilihan jawapan mesti diakhiri dengan noktah.

Istilah-istilah Penting Dalam Pembinaan Soalan

Terdapat 5 istilah penting yang perlu diketahui dalam pembinaan soalan iaitu:
(1) Stimulus, iaitu bahan rangsangan yang mendasarkan soalan
(2) Stem, iaitu arahan kepada soalan.
(3) Pilihan, pilihan jawapan yang diberi/disenaraikan
(4) Kunci, iaitu pilihan jawapan yang betul.
(5) Pengganggu, iaitu pilihan-pilihan jawapan yang salah.

Contoh soalan:
Mee adalah makanan bagi masyarakat Cina. Kemudian diubahsuai menjadi mee goreng oleh masyarakat Melayu dan mee mamak oleh peniaga India Muslim. (Teks ini diletakkan dalam kotak)

Mee sebagai satu juadah yang ditema oleh masyarakat Malaysia merupakan suatu contoh yang menggambarkan konsep ...

A. Segregasi
B. Akomodasi
C. akulturasi
D. Asimilasi
E. Amalgamasi.

STIMULUS: Mee adalah makanan bagi masyarakat Cina. Kemudian diubahsuai menjadi mee goreng oleh masyarakat Melayu dan mee mamak oleh peniaga India Muslim. (Teks ini diletakkan dalam kotak)

STEM SOALAN: Mee sebagai satu juadah yang ditema oleh masyarakat Malaysia merupakan suatu contoh yang menggambarkan konsep ...

PILIHAN JAWAPAN: A. Segregasi B. Akomodasi C. akulturasi D. Asimilasi E. Amalgamasi.

Thursday, September 11, 2008

Tarikh Akhir Jana Cadangan

Zamri,

Terima kasih membina blog RSP Gaya PPU bagi tujuan memudahkan pengumpulan cadangan. Saya berharap semua rakan akan menggunakannya dengan efektif,insyaallah.

Perlu ada deadline pemasukan cadangan supaya akhirnya semua cadangan dapat dikumpul bagi tujuan langkah seterusnya. Sasaran kita adalah untuk menyediakan deraf awal garispanduan ini selepas cuti hari raya. Berikut adalah cadangan tarikh-tarikh yang berkaitan:

Tarikh akhir memasukkan cadangan dalam blog: 20 September 2008

Mesyuarat membincangkan cadangan-cadangan yang telah dikumpul: Khamis, 25 September 2008, jam 10.30 pagi (Minggu ini pelajar sudah bercuti pertengahan).

Saya memohon kerjasama Zamri untuk mengumpulkan semua cadangan yang disampaikan dalam email dan blog tersebut. Terima kasih Zamri.

Khairul

Tajuk-tajuk Baru

Sila cadangkan tajuk-tajuk atau aspek-aspek baru dalam pembikinan exam questions yang perlu distandardisekan. Untuk cadangkan sila butang tekan 'Post a comment'. Sila tick 'anynomous' jika anda tiada akaun google.

Bloom Taxonomy

The Taxonomy of Educational Objectives, often called Bloom's Taxonomy, is a classification of the different objectives and skills that educators set for students (learning objectives). The taxonomy was proposed in 1956 by Benjamin Bloom, an educational psychologist at the University of Chicago. Bloom's Taxonomy divides educational objectives into three "domains:" Affective, Psychomotor, and Cognitive.

Read more

Komen-komen Yang Diterima

From: Kam2000
To: -Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 10/09/08 17:47
En Zamri & rakan-rakan,

Salam. Terima kasih memulakan aktiviti pengemaskinian deraf panduan penulisan kertas peperiksaan Gaya PPU. Saya berharap ramai lagi akan menyertai aktiviti ini sehingga peringkat pemurnian panduan yang digunapakai nanti, insyaallah.

Salam hormat,

Timbalan Pengarah
-------------------------------------------

From: Mmms
To: -Kam2000;-Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 11/09/08 09:15

Assalamualaikum, saya ingin cadangkan agar dalam usaha pemurnian kertas soalan gaya PPu ini kita menggunakan teksonomi Bloom sebagai piawai. Ini akan memastikan bahawa soalan-soalan yang dijana mampu meningkatkan kemahiran berfikir pelajar bukan mereka sekadar menghafal ilmu pengetahuan semata-mata.

Mohsin Said
-------------------------------------------

From: Kam2000
To: -Mmms;-Kam2000;-Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 11/09/08 11:18
Mohsin,

Satu cadangan yang baik. Itu adalah dari segi strategi penggubalan soalan. Mungkin kita perlu melihat pemurnian ini dari 2 aspek: aspek teknikal penulisan soalan exam & aspek pendekatan menjana soalan.

Khairul

-------------------------------------------
From: Mt
To: -Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 11/09/08 09:24
Salam.

Langkah yg baik, sokong.

Perlu diberi perhatian kpd perkataan2 yg mengelirukan, eg. "murni" hanya sesuai utk perkara2 yg abstrak spt nilai, akidah dan kuncu2nya.

Sorry jika pandangan sy silap.

-------------------------------------------

From: Maznah
To: -Kam2000;-Mmms;-Azamri;-akad_ppu@ukm.my
Subject: Re: Rekabentuk Soalan Exam Gaya PPU
Date: 11/09/08 12:17
ASW Semua,

Menjana Soalan:

Saya cadangkan penggunaan sumber text dari berita akhbar, majalah, buku dsbj dalam penjanaan soalan. Soalan2 jenis aplikasi dan penggunaan higher order Bloom tax dapat dicapai. Ini turut menggalakkan pelajar membaca bahan2 lain selain dari buku teks mereka.

Teknik/Format Soalan:

Dicadangkan Arahan Soalan utk semua kursus 'distandardkan'.
Penyataan BENAR - biar capitalize dan bold.

Maznah.

-------------------------------------------

Wednesday, September 10, 2008

Panduan Untuk Tanda Baca

TANDA BACA

Guna noktah?

Guna ‘:’ atau ‘…’

Lepas ‘:’ guna huruf kecil atau huruf besar?

Lepas ‘…’ guna huruf kecil atau huruf besar?

Panduan Untuk Ejaan

EJAAN

Mengenalpasti atau mengenal pasti? (dua perkataan atau satu perkataan?)

Menulis atau mengeja angka? (1000 atau seribu?)

Samada atau sama ada?

Panduan Untuk Pemilihan Perkataan

PEMILIHAN PERKATAAN

Adalah atau ialah?

Guna istilah BM atau BI?

Kenyataan atau pernyataan?

Boleh guna perkataan 'merupakan'?

Rekabentuk Soalan Anika Pilihan

PANDUAN REKABENTUK SOALAN ANIKA PILIHAN
(Seperti diatas, tetapi ada penambahan)

1. Setiap alternatif jawapan hendaklah 'mutually exclusive'

2. Alternatif jawapan disusun dalam bentuk logikal (misalnya tarikh, masa,atau sekurang-kurangnya mengikut urutan abjad)

3. Alternatif jawapan hendaklah lebih kurang sama dari segi panjang.

Rekabentuk Soalan Benar Salah

PANDUAN REKABENTUK SOALAN BENAR SALAH

1. Soalan hendaklah benar atau salah tanpa pengecualian
Elakkan: Tun Dr Mahathir ialah seorang ahli UMNO.
Gunakan: Tun Dr Mahathir ialah seorang ahli UMNO sehingga 16 Mei 2008.

2. Soalan hendaklah berbentuk ringkas tetapi jelas.
Elakkan:Malaysia yang mana ianya kita kenali sebagai sebuah Negara yangberbilang kaum dan berbilang budaya dan dihuni oleh 26 juta pendudukmendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Gunakan:Malaysia mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

3. Setiap kenyataan hendaklah mengandungi satu idea sahaja.
Elakkan:
Guna:

4. Sediakan maklumat latar secukupnya supaya kemampuan menjawab dengan tepat tidak bergantung kepada pengetahuan yang terlalu spesifik atau teknikal.
Elakkan: Menurut Tujuh Prinsip TQM, tindakan pertama di bawah Prinsip 7 adalah berkaitan dengan kepuasan hati pelanggan.
Gunakan: Kepuasan Hati pelanggan ialah salah satu daripada Tujuh Prinsip TQM yang diwarwarkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Awam.

5. Elakkan dari menyalin bulat-bulat (copy and paste) kenyataan daripada teks, kuliah atau bahan-bahan lain supaya jawapan pelajar tidak bersandarkan kepada pengingatan semata-mata. Kefahaman lebih diutamakan.
Elakkan:
Gunakan:

6. Berhati-hati bila menggunakan kenyataan berbentuk negatif.
Elakkan: Konsep Islam Hadhari tidak terdiri daripada sembilan prinsip.
Gunakan: Konsep Islam Hadhari terdiri daripada sepuluh prinsip.
Dibolehkan: Memiliki jiwa merdeka BUKAN satu daripada Prinsip Islam Hadhari

7. Sekiranya perktaan negatif digunakan, ianya hendaklah ditebalkan atau digunakan huruf besar atau digarisbawahkan.

8. Elakkan daripada menggunakan istilah yang jarang-jarang digunakan.
Elakkan: Thailand adalah salah satu negara yang banyak berlakunya coup de tat.
Gunakan: Thailand adalah salah satu negara yang banyak berlakunya rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah.

9. Berhati-hati bila menggunakan perkataan-perkataan umum seperti‘semua’, ‘selalu’, ‘mustahil’ dan sebagainya. Istilah-istilahini menjadikan soalan lebih kepada berbentuk salah. Sebaliknya,perkataan-perkataan seperti ‘kadang-kadang’, ‘kerapkali’ dan sebagainya lebih kepada bersifat benar.
Elakkan: Semua orang Melayu beragama Islam
Gunakan: Mengikut definisi Perlembagaan Malaysia, semua orang Melayu beragama Islam.

10. Masukkan dalam soalan perkataan yang diulang dalam setiap alternatif jawapan.

FASA 1 PENJANAAN IDEA

Assalamualaikum,

Saya ingin mulakan usaha untuk drafkan Panduan Rekabentuk Soalan Peperiksaan Gaya PPU.

Langkah-langkah seperti berikut:
FASA 1 PENJANAAN IDEA
FASA 2 PENENTUAN STANDARD GAYA PPU
FASA 3 PEMURNIAAN STANDARD (En MT suggest tukar perkataan ini, ada idea tak, nak ganti dengan apa?)

Sekarang kita berada pada FASA 1.

Saya perlukan sdra/i untuk tambah, bagi idea, bagi contoh dan apa-apa saja yang difikirkan perlu.

Tajuk-tajuk untuk penambahbaikan ialah
1. Rekabentuk Soalan Benar Salah
2. Rekabentuk Soalan Anika pilihan
3. Panduan Untuk Ejaan
4. Panduan Untuk Pemilihan Perkataan
5. Panduan Untuk Tanda Baca
6. Tajuk-tajuk baru(Tajuk-tajuk lain boleh dicadangkan)

Untuk FASA 2 PENENTUAN STANDARD, nanti kita susun balik supaya indah dipandang.

Apa yang perlu dilakukan ialah sekiranya ada komen atau idea atau penambahbaikan, sila klik hyperlink untuk tajuk yang berkaitan. Hyperlink itu dipaparkan di atas dan pada ruang kanan (cari hyperlink yang berada di bawah 'labels').

Pada bawah setiaap artikel, tekan 'Post a comment'. Untuk tulis komen, untuk sesiapa yang tidak ada akaun Google, sila tick 'anonymous'.

Friday, July 4, 2008

Panduan Soalan Benar Salah

ss

Panduan

- Perkataan-perkataan seperti KECUALI hendaklah berhuruf besar dan ditebalkan.- Elakkan daripada menggunakan ayat 'negatif berganda' atau 'double negative' contohnyaContoh ayat salah-Manakah di antara kenyataan berikut yang tidak benar KECUALITukar kepada- Manakah di antara berikut adalah BENAR.- Elakkan ayat yang terlalu panjang atau komplikated-
Rujuk
Guide to multiple choice questionsalso this Zimmaro, 2004http://www.cte.uiuc.edu/dme/exams/ITQ.htmlhttp://web.utk.edu/~mccay/apdm/t_false/t-f_b.htmhttp://www.studygs.net/tsttak2a.htm true falsehttp://www.edtech.vt.edu/edtech/id/assess/items.html table of adv disadv



http://www.cte.uiuc.edu/dme/exams/ITQ.html
http://web.utk.edu/~mccay/apdm/t_false/t-f_b.htm
http://www.studygs.net/tsttak2a.htm
http://www.edtech.vt.edu/edtech/id/assess/items.html

Muka Depan

Mukadepan hendaklah mengikut panduan yang disediakan oleh Bahagian Akademik UKM